nuffnang ads

Tuesday, October 12, 2010

SUAMI WOOK KUNDOR DIBEBASKAN.

WOOK KUNDOR, 108, isteri tertua di negara ini mempunyai sebab untuk tersenyum hingga ke telinga, apabila suaminya yang tercinta, Mohd Noor Che Musa, 38, dibebaskan Mahkamah Majistret Kuala Berang, hari ini daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam tubuhnya.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas berpuas hati hasil laporan pemeriksaan air kencing Mohd Noor sebanyak dua kali yang disahkan negatif dadah.

Ini bermakna, pasangan suami isteri yang telah beberapa kali terpisah sebelum ini, akan kembali 'berbulan madu' dan menikmati kebahagiaan seperti pasangan pengantin baru yang lain.

Berseri wajah Wook dipimpian tangannya oleh suami tercinta, Mohd Noor Che Musa yang dibebaskan mahkamah tadi.(Gambar Berita Harian oleh Aswadi Alias)
Mohd Noor dikatakan akan mengajak Wook pulang ke kampung dan menjalani kehidupan baru dalam bidang pertanian dan yakin dirinya telah bebas sepenuhnya daripada pengaruh dadah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10