Carian dihidupkan, Tukar kedai
15% CASHBACK UNTUK ITEM AMAZON Mei 7 16:00 - Mei 13 16:00 JST BELI SEKARANG
Potongan sehingga 5,000yen kod "MAY24" LAGI

10 Cosplayer Berbakat Dari Malaysia Yang Perlu Anda Ikuti

Cosplay sebagai cara untuk mengekspresikan diri

Kebanyakan individu pernah merasakan keinginan untuk mempamerkan sisi mereka yang bertentangan dengan keperibadian sebenar mereka. Seperti contoh seorang gadis yang lemah lembut mungkin teringin untuk menjadi lebih lasak, atau seorang lelaki yang pemalu mungkin mahu menjadi lebih mesra.


Persoalan tentang identiti diri biasanya muncul apabila seseorang itu rasa terhalang untuk mengekspresikan diri.

Walau bagaimanapun, bagi seseorang itu untuk menyembunyikan potensi sebenar diri mereka bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana meluahkan perasaan dan menyatakan keinginan dalaman memerlukan keyakinan diri yang tinggi.

Ketakutan adalah salah satu penghalang utama keyakinan diri. Takut melakukan kesilapan, takut nampak bodoh, takut berhadapan dengan orang ramai, takut dikritik, takut hasil kerja tidak cukup baik dan tidak diterima ramai adalah beberapa contoh cabaran yang perlu dihadapi semua orang dalam kehidupan seharian.

Salah satu cara untuk mencabar potensi diri dan menempuhi ketakutan-ketakutan ini, tanpa menjejaskan imej dan identiti sebenar seseorang itu adalah melalui permainan watak seperti cosplay.

 

Cosplay tingkatkan keyakinan diri

Aktiviti costume play atau ‘bermain kostum’ adalah satu aktiviti yang membantu seseorang itu menaikkan tahap keyakinan diri mereka dengan menimba pengalaman, mencari motivasi, mengawal emosi, dan membimbing interaksi sosial serta identiti mereka apabila mereka memainkan watak-watak berbeza.

Cosplay adalah satu bentuk seni berpakaian seperti watak terkenal sama ada watak dari anime, permainan video, buku komik, rancangan TV, filem atau karya sastera. Aktiviti cosplay mengubah orang biasa menjadi watak dalam dunia khayalan, memberi peluang kepada mereka untuk menerokai pelbagai identiti dan personaliti.


Kebanyakan cosplayer akan cuba menyerupai watak pilihan setepat mungkin, tetapi ada juga cosplayer yang memilih untuk membawa kelainan baharu kepada personaliti fiksyen yang mereka mainkan.

Cosplayer menerapkan kreativiti dan identiti sendiri dalam menjelmakan dan memainkan sesuatu watak itu untuk mengubah diri buat sementara waktu, sekali gus menyumbang kepada peningkatan keyakinan diri dan pembangunan kemahiran sosial.

 

Perkembangan budaya cosplay di Malaysia

Di Malaysia, komuniti cosplay semakin berkembang secara perlahan dan berterusan. Walaupun cosplay masih dianggap sebagai pasaran khusus, persepsi rakyat Malaysia terhadap cosplay perlahan-lahan berubah dan kini, acara cosplay bukan sahaja dipersembahkan di konvensyen malah turut diadakan di lokasi-lokasi tumpuan orang awam seperti hotel serta pusat beli belah di bandar-bandar besar.

Event AniManGaki
Event Cosplay Semasa AniManGaki. Kredit foto: Citizens Journal

Aktiviti cosplay telah bertapak di Malaysia sejak awal 2000-an di konvensyen peminat yang berkaitan dengan komoditi budaya Jepun. Kebanyakan konvensyen peminat ACG (anime, comic, dan game) di Malaysia melibatkan aktiviti cosplay. Selain penglibatan dalam pertandingan pentas rasmi, pertunjukan fesyen, penggambaran foto, atau lakonan skit, cosplayer juga mempunyai peranan penting di pusat konvensyen sebagai tarikan utama buat pengunjung.

Cosplay mula mendapat tarikan di Malaysia apabila acara anime yang dipanggil Comic Fiesta pertama kali dianjurkan pada tahun 2002, sekali gus menjadi konvensyen ACG yang paling lama dijalankan di Malaysia. ZenMarket telah menjadi sponsor untuk event AniManGaki 2022 dan telah menaja 3 AniManGaki Entry Ticket dan juga telah menaja hadiah giveaway untuk event AniManGaki

Sebagai negara berbilang kaum, budaya dan agama, Malaysia adalah sebuah negara yang agak konservatif kerana 60 peratus penduduknya beragama Islam. Walaupun sebahagian besar komuniti cosplay didominasi oleh orang Cina, kini sudah menjadi perkara biasa bagi peminat ACG yang beragama Islam untuk turut terlibat dalam aktiviti cosplay.

Apa yang menariknya, oleh kerana individu beragama Islam dilarang memakai rambut palsu, kebanyakan hijabi cosplayer menggunakan kreativiti dalam mengubah suai tudung mereka untuk kelihatan seperti rambut watak yang dimainkan. Sejak kebelakangan ini, semakin ramai cosplayer wanita yang menjadi popular menjadi Malay Hijab Cosplayer


Kredit foto: Reuters

Pada zaman ini, kualiti dan standard fesyen cosplay telah mencapai tahap yang luar biasa dengan kemudahan untuk membeli pakaian, aksesori dan kelengkapan lain dari luar negara melalui laman-laman perkhidmatan beli belah seperti ZenMarket.

Cosplayer juga semakin teliti terhadap perincian untuk menghidupkan watak mereka dengan menggabungkan pelbagai kemahiran baik dari segi penciptaan kostum dan aksesori, solekan, reka bentuk set, suntingan grafik, peragaan, mahupun lakonan.

Dengan populariti platform media sosial seperti Instagram dan TikTok pula, semakin ramai cosplayer dari Malaysia yang bersungguh-sungguh mengetengahkan bakat serta kreativiti mereka. Malah ada yang berjaya mencipta nama hingga ke luar negara. Bagi sesetengah cosplayer, aktiviti ini bukan sekadar hobi yang menyeronokkan tetapi juga satu industri yang dapat menjana pendapatan.

Dalam beribu-ribu penggiat cosplay yang ada di negara ini, di sini kami senaraikan beberapa cosplayer berbakat dari Malaysia yang yang boleh anda ikuti.

 

1. _hakkencoser_

Hakken Ryou ialah cosplayer popular dari Sarawak, Malaysia. Hakken bermula cosplay sejak berumur 12 tahun setelah menonton video cosplayer Naruto di Youtube. Hakken merupakan salah satu cosplayer yang paling popular di Malaysia dengan seramai 3.9M follower di Instagram dan 900,000 follower di Twitter. Setakai ini, Hakken telah menyertai pelbagai acara cosplay sebagai tetamu istimewa seperti Anime Fest dan AFA 2022.

Dalam salah satu temu duga, Hakken telah berkongsi bahawa cabaran pertama dalam cosplay adalah untuk memilih watak untuk dijadikan sebagai kostum. Hal ini adalah kerana terdapat banyak watak daripada anime, permainan dan filem yang boleh dipilihi dan memilih watak cosplay bukanlah satu tugas yang mudah.

“Saya suka watak berkuasa dengan suasana yang mendominasi tetapi elegan. Anda boleh memahami minat saya daripada watak-watak yang saya suka seperti Sephiroth, Madara, Zhongli, SilverAsh, dan lain-lain lagi” kata Hakken.

image
image
image

 

2. Miisa_mhc

Miisa MHC bermula perjalanan cosplay pada tahun 2017. MHC ialah singkatan yang bermaksud Malaysia Hijab Cosplayer.

Sejak kecil, Miisa suka berdandan, bersolek dan pakai baju yang cantik-cantik. Miisa sering bermain dress up & selalu berimaginasi untuk jadi seperti watak kartun atau anime yang diaminat. Apabila Miisa sudah besar dan bekerja, sekarang Miisa dapat menunaikan impian zaman kecil untuk membeli kostum cosplay.

Sebagai seorang wanita yang beragama Islam, Miisa lebih selesa dan memilih untuk kekalkan bertudung ketika bercosplay, berbanding memakai rambut palsu. “Bertudung bukan halangan untuk saya bercosplay” kata Miisa dalam video kolaborasinya dengan ZenMarket yang certia dengan perjalanan cosplaynya.

“Antara pencapaian Miisa selama 7 tahun bercosplay adalah mendapat perhatian di muka surat depat surat khabar tempatan, artikel online, menjai juri jemputan di acara pertandingan cosplay, bekerjasama dengan jenama ternama. Miisa juga telah berkolaborasi dengan ZenMarket dalam video cosplay Kimetsu No Aiba, video cosplay Spy Family sebagai karakter Anya, video cosplay GenShin Impact sebagai karakter YaoYao dan video cosplay pakaian Pochita.

image
image
image

 

3. YingTze

YingTze merupakan seorang cosplayer Malaysia yang berminat dalam cosplay dan permainan game. Haiwan kegemaranya ialah kucing dan dia mempunyai 10 ekor kucing.

YingTze merupakan duta jenama untuk ASUS Republic Of Gamers Malaysia dan telah kolaborasi dengan pelbagai jenama besar seperti Logitech G, Bandai Namco Entertainment Asia, Playstation Asia, Mobile Legends Bang Bang dan banyak lagi.

Dalam salah satu temu duga, YingTze berkongsi bahawa Pokémon Yellow adalah game permainan pertamanya dan dia merupakan fan besar Pokémon sebelum ini. Ying Tze telah cosplay pelbagai watak seperti Aqua Hoshino dalam anime Oshi no Ko, Mitsuri Kanjiro dalam anime Kimetsu no Yaiba, Yor Forger dalam anime SpyxFamily dan lain-lain lagi.

image
image
image

 

4. ai_nurul_

Walaupun sudah berumah tangga, Ai Nurul bertuah mendapat sokongan suami untuk terus melibatkan diri dalam cosplay. Ai Nurul merupakan salah satu Hijab Cosplayer popular di Malaysia. Lihat sahaja kecomelannya memainkan watak-watak perempuan dari anime Naruto di bawah.

image
image

 

5. honeymellona

Hijabi cosplayer HoneyMellona merupakan seorang peminat Genshin Impact dan telah meraih lebih 7 ribu pengikut di Instagram melalui cosplay-cosplay yang dipersembahkannya.

image
image
image

 

6. tamagotrash._

Sora aktif dalam cosplay dan turut meminati permainan video. Berikut adalah beberapa cosplay watak dari Jujutsu Kaisen yang dimainkan oleh Sora. 

image
image
image

 

 7. nam_lyuu

Selain aktif bermain kostum, bekas pelajar Unimas ini juga sering dijemput menjadi juri di konvensyen-konvensyen cosplay dan merupakan ketua kumpulan tariannya, Blu' Mars.

image
image
image

 

8. ishi_danny

Ishi mula melibatkan diri dalam aktiviti cosplay pada 2018 dan aktif menyertai konvensyen-konvesyen ACG. Berikut adalah antara cosplay yang dikongsikan Ishi di Instagram.

image
image
image

 

9. victorique_luna 

Apabila tidak bermain cosplay, Farah meluangkan masa dengan menulis doujin. Berikut adalah antara watak-watak dari anime dan permainan video yang dimainkannya.

image
image
image

 

10. yukaa_za

Meskipun berwajah comel, gadis dari Perak ini kelihatan sungguh kacak memainkan cosplay watak-watak lelaki. Di bawah adalah buktinya:

image
image
image

 

 

Akhir kata

Dengan media sosial, pemain-pemain cosplay dapat mempamerkan minat dan pengaruh cosplay mereka kepada peminat ACG di seluruh dunia. Sama ada gambar selfie, photoshoot di studio, suntingan video, mahupun posing di konvensyen, usaha cosplayer Malaysia dalam menjadikan watak fantasi sebagai realiti adalah sangat membanggakan. Idea inovatif dan kreativiti yang dipamerkan oleh cosplayer-cosplayer ini membuktikan bahawa budaya cosplay di Malaysia adalah sesuatu yang perlu terus digalakkan dan diraikan. Jika anda berminat untuk menyertai event ACG cosplay di Malaysia, jangan lepaskan peluang anda untuk event AniManGaki dan Comic Fiesta. Untuk membeli pakaian dan aksesori cosplay dari Jepun, layarilah laman web baju dan aksesori cosplay ZenMarket. Anda juga boleh carikan barangan hobi dan merchandise anime Jepun di ZenMarket.

 

 

 

 

 

 

Daftar sekarang dan dapatkan 300yen percuma!Pameran barang anime Jepun

 

 

 

Jangan ragu-ragu untuk mengikuti kami ♩

 

 

 

 

Artikel| 05/06/2023 | AnimeAnime/Manga

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular