You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Kali Ke-2 Tahun 2012 SMK La Salle Sentul, Jalan Sentul, 51000, Sentul,

K.L. Tarikh : 20 April 2012 Masa : 12.45 1.45 petang Tempat : Kelas 4 Delta Kehadiran : Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 Nama Tengku Norlin Bt Tengku Majid Pn. Yong Tong Seng En. Teon Hock Bin Pn. Zarrin Bt Abdullah En. Rofaizo B Mat Lazin En. Chandra Kumar Vellasamy En. Mazlan B Abdul Hamid Pn. Siti Fatimah Bt Ahamad Jawatan Pengetua PKTK PK KOKO PK Petang Kaunselor Kaunselor KB Bahasa KB Kemanusiaan KB Sains dan Matematik KB Teknik dan Vokasional Bil 21 22 23 24 25 26 27 28 Nama Pn. Jtenny Lau Pn. Norashikin Bt Yusoff Pn. Lailati Bt Mamat Cik Nur Aziah Bt Hashim Pn. Nurul Farida Liyana Bt Nordin Pn. Zunarnie Bt Zulkifli Pn. Santhy Veerasamy Pn. Manmeet Kaur

9 Pn. Rohaya Bt Ahmad 10 Pn. Norazah Bt Mohd Yassin 11 Pn. S. Silvamary 12 Cik Lai Siew Khim 13 Pn. Noor Suhana Bt Subki 14 15 16 17 18 19 20 Pn. Saraswathy Krishnasamy Pn. Siti Ghamah Bt Md. Nor Pn. Noraizam Bt Che Musa Pn. Woo Sow Chun Pn. Rohana Bt Awang Ahmad Pn. Norniekarfini Bt Mohd Kila Pn. Nurulaini Bt Abdul Khani

29 Pn. Maheran Bt Mohd Yassin 30 31 32 3 3 3 4 1 2 3 4 5 Pn. Sitie Faizah Bt Mohamad Nor Pn. Istiqomah Bt Mohd Ishli Pn. Hasliah Bt Ibrahim Cik Nur Farhana Bt Tahir Pn. Marzuliana Bt Zulkipli Tidak Hadir : Pn. Masliah Bt Talib PKHEM En. Harjinder Singh Pn. Nor Azziaton Bt Mohd Noor Pn. Norhasmawati Bt Mamat En. Hashim B Zakaria Bersebab Bersebab Bersebab Bersebab

1. Kata Alu-aluan Pengetua 1.1. Pengetua memaklumkan aktiviti pada 12 Mei 2012 adalah dikira sebagai Kursus Latihan dalam Perkhidmatan Kali ke-3 bagi tahun ini dan menjemput Puan Hasliah Bt Ibrahim selaku Pengerusi Kelab Guru untuk menerangkan dengan lebih lanjut. 1.2. Pengetua memaklumkan hari persekolahan ganti pada hari Sabtu (21 April 2012) dibatalkan.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum 2.1. PK KOKO mengedarkan senarai tugas Jawatankuasa Perkhemahan Junior kepada guru-guru. 2.2. PK KOKO memaklumkan bahawa Perkhemahan Junior ini akan ditunda kepada 19 dan 20 Mei 2012 atas sebab keselamatan murid pada hari yang dirancangkan pada awalnya iaitu 28 dan 29 April 2012. 2.3. PK KOKO menerangkan butiran tugasan berdasarkan edaran tersebut. 2.4. PK KOKO memaklumkan akan menjemput En. Fadzil, Penolong Kanan Kokurikulum SK La Salle(1) Sentul sebagai penceramah jemputan. 2.5. PK KOKO memaklumkan kepada guru-guru tingkatan 1 supaya memaklumkan kepada murid-murid tingkatan 1 tentang penundaan aktiviti perkhemahan ini. 2.6. PK KOKO memaklumkan AJK Makanan dan Minuman boleh membuat tempahan melalui pihak kantin tentang pengurusan makan dan minum peserta perkhemahan nanti. 2.7. PK KOKO menyatakan AJK Pengurusan Pelajar akan dibantu oleh semua guru Tingkatan 1 untuk memberikan taklimat berkaitan peralatan yang perlu dibawa semasa perkhemahan. 2.8. PK KOKO menyatakan AJK Dokumentasi boleh bergilir-gilir untuk membuat pendokumentasian aktiviti pada waktu pagi, petang dan malam. 2.9. PK KOKO memaklumkan bagi AJK Disiplin dan Kebersihan akan diberikan jadual bertugas kemudian. 2.10.PK KOKO memaklumkan AJK Siaraya perlu menyediakan Sistem P.A. untuk kegunaan penceramah. Tindakan : Makluman 3. Hal-hal lain 3.1. Cik Lai bertanyakan tentang tempat pemasangan Sistem P.A. itu. 3.1.1. Pengetua memaklumkan bahawa tempat ceramah dijalankan masih belum lagi diputuskan dan keperluan Sistem P.A. itu bergantung kepada penceramah. 3.2. Puan Zarrin mencadangkan perlu ada pelan lain sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan perkhemahan dijalankan di padang. 3.2.1. PK KOKO menerangkan perkhemahan akan dijalankan di dalam dewan dan sekitar kawasan sekolah sekiranya hujan pada hari tersebut. 3.3. Pengetua menyatakan guru-guru yang mengikuti aktiviti dan ceramah yang dijalankan tersebut akan dikira sebagai kursus LDP. 3.4. Puan Norazah bertanyakan tentang penglibatan guru dalam aktiviti perkhemahan yang dikira sebagai kursus LDP. 3.4.1. Pengetua memaklumkan bahawa tentang penglibatan guru dalam aktiviti perkhemahan yang dikira sebagai kursus LDP sekiranya guru terlibat selama 6 jam dan penglibatan hari Sabtu(19 Mei 2012) adalah wajib kepada semua guru. 3.5. Encik Teon Hock Bin selaku PK Kokurikulum memaklumkan bahawa latihan rumah sukan sudah sampai ke perjumpaan aktiviti kali ke-9 dan menyatakan guru-guru penasihat supaya memaklumkan pada murid-murid.

3.6. PK KOKO memaklumkan supaya guru-guru penasihat perlu meletakkan buku


laporan aktiviti di dalam bilik PK KOKO dan meminta guru-guru menyerahkan carta organisasi, perlembagaan dan carta gantt aktiviti-aktiviti yang dirancang kepada beliau secara bertaip untuk memudahkan pihak pemantau semasa pemantauan dijalankan. 3.7. Puan Santhy bertanyakan tentang borang rumusan penilaian kokurikulum murid. 3.7.1. PK KOKO menyatakan borang rumusan tesebut perlu digerakkan mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan tetapi ada guru-guru yang tidak peka dengan tarikh-tarikh tersebut dan menyebabkan berlaku keciciran murid. 3.7.2. PK KOKO juga memaklumkan tidak semua murid membeli buku aktiviti kokurikulum yang berharga RM 2.50 tersebut. 3.8. Puan Norashikin memaklumkan bahawa semua guru tingkatan sesi pagi sudah melengkapkan dan menghantar Borang Rujukan Berkelompok Berat Badan Murid Sekolah dan meminta supaya guru tingkatan sesi petang melengkapkan dan menghantar borang tersebut selewat-lewatnya pada hari Isnin (23 Mei 2012) kepada Puan Istiqomah. 3.9. Encik Rofaizo memaklumkan bahawa guru-guru perlu membuat soal selidik TNA(i-splg) tersebut dan nama-nama guru yang sudah mengisi dan belum mengisi soal selidik tersebut akan dipaparkan dan dicetak untuk disemak oleh Pengetua. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 petang.

Disediakan oleh, ----------------Nur Farhana Bt Tahir Setiausaha Kokurikulum SMK La Salle Sentul

Disemak oleh, -----------------Teon Hock Bin PK Kokurikulum SMK La Salle Sentul

Disahkan oleh, -----------------Tengku Norlin Bt Tengku Majid Pengetua SMK La Salle Sentul

You might also like