Walaupun sambutan terhadap cosplay di Malaysia tidaklah semeriah di Jepun, namun ia tetap mempunyai penggemar di negara ini.
Sebagai usaha untuk menyuburkan budaya itu di sini, para peminat cosplay tempatan buat julung kalinya menganjurkan perjumpaan antara mereka.
Program dikenali sebagai Cosplay Commuter itu dianjurkan sebuah kumpulan komuniti dikenali sebagai Magic Rain untuk membolehkan pemainnya bertemu dan mengambil bahagian dalam enam aktiviti di enam stesen Transit Aliran Ringan (LRT), bermula di stesen LRT Ara Damansara.
Kira-kira 500 peserta memeriahkan program itu semalam dengan memakai pakaian unik masing-masing yang diilhamkan daripada watak dalam siri animasi dan permainan seperti Naruto Shippuden, Lolita, Saber Rose dan Cardcaptor Sakura.
Pengasas Magic Rain, CM Char, berkata program itu bertujuan mengembalikan kemeriahan cosplay yang pernah wujud di Malaysia pada awal tahun 2000.
"Satu daripada sebab utamanya ialah kerana saya berpendapat landskap animasi, komik dan permainan (ACG) di Malaysia boleh dikatakan tidak banyak berubah, asyik dengan acara dan aktiviti serupa sahaja.
"Dengan menganjurkan acara ini, saya harap akan lahir unsur baharu dan menyegarkan bagi landskap ACG," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Menurut beliau, ACG dan cosplay kini semakin berkembang berikutan peningkatan jumlah aktiviti di pusat beli-belah dan pawagam.
"Pada asasnya, ia bersifat tematik dan kini, beriikutan terdapat banyak watak aksi yang dipadankan daripada filem, aktiviti cosplay menjadi semakin menyerlah," katanya.
Char berkata kumpulan itu merancang untuk menganjurkan aktiviti setiap tahun dengan lebih banyak ciri dan aktiviti baharu diperkenalkan.
"Untuk hari ini, kami perkenalkan enam aktiviti seperti Photo Stop, Maid Garden, Music Mania, Jun Ken Pon, My Cosplay Story dan permainan di mana semua pemenang akan mendapat hadiah," katanya.
Wan Nur Hidayah Wan Abdul Hadi, 20, yang mengenakan pakaian Totoro bagi meniru watak dalam filem 'My Neighbour Totoro', berkata program itu membantu menghimpunkan pemain cosplay daripada pelbagai kawasan untuk berkongsi idea serta minat.
"Saya meminati cosplay sejak berusia 12 tahun, tapi saya malu dan takut kepada persepsi orang ramai. Pada 2012, saya menghadiri Comic Fiesta dan di situ, saya bertemu dengan pemain cosplay yang berkongsi minat yang sama. Saya sungguh gembira kerana akhirnya, saya terjumpa juga seseorang yang turut meminati cosplay," katanya.
Mohd Firdaus Mohd Sabri, 20, yang meniru pakaian Naruto dalam siri animasi terkenal Jepun, berkata dia meminati cosplay sejak berusia 17 tahun.
"Kawan memperkenalkan saya kepada cosplay dan sejak itu, saya belajar membuat pakaian sendiri, bersolek dan memakai wig untuk kelihatan sama seperti watak yang ingin saya tiru," katanya.
Menururt pemuda ini, harga pakaian bergantung pada jenis watak dan sekiranya pemain mampu mencipta pakaian sendiri, ia membantu mereka menjimatkan wang dan banyak kos lain.
Seorang pemain cosplay yang ingin meniru watak Sakura Kinomoto dalam siri Cardcaptor Sakura dan hanya ingin dikenali sebagai Toilerru Ahiru pula berkata acara itu mempunyai keunikan kerana ia memberi peluang kepada mereka untuk bergerak dari satu tren ke satu tren, di samping berpeluang untuk bergaul dengan pemain cosplay lain dan orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2017
Sebagai usaha untuk menyuburkan budaya itu di sini, para peminat cosplay tempatan buat julung kalinya menganjurkan perjumpaan antara mereka. - Facebook Magic Rain
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Lintasan Karem Shalom dibuka semula
Susulan tindak kejam israel menutup lintasan Rafah, satu-satunya laluan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad
Penasihat keselamatan White House, John Kirby mengesahkan operasi Israel di Rafah bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada Hamas.
Henti serang Rafah, atau tiada gencatan senjata – Hamas
Kumpulan pejuang Hamas, memberi kata putus kepada Israel untuk menghentikan serangan ke atas Rafah, atau ia menarik diri daripada perjanjian gencatan senjata.
Isu teknikal: Lapangan Terbang Antarabangsa UK alami masalah sistem e-gate
Sistem laluan automatik (e-gate) di beberapa lapangan terbang antarabangsa United Kingdom mengalami masalah teknikal pada malam Selasa menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lebih lama.
TikTok saman kerajaan Amerika Syarikat
TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance memfailkan saman ke atas kerajaan Amerika Syarikat susulan tindakan pengharaman aplikasi itu.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
Empat stesen monorel ditutup sementara - Rapid Rail
Empat stesen monorel ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan dan baik pulih susulan insiden pokok tumbang berhampiran Stesen Monorel Bukit Nanas petang Selasa.
Kenaikan gaji penjawat awam: Cuepacs harap harga barang tidak naik
Harga yang ditawarkan di pasaran mestilah setara dan adil dengan pendapatan pengguna.
PM bentang pendigitalan & kecerdasan buatan dalam mesyuarat Kabinet
Perdana Menteri mengesahkan akan membentangkan mengenai pendigitalan & pengadaptasian kecerdasan buatan (AI) dalam kerajaan ketika mesyuarat kabinet hari ini.
Dua lelaki berpakaian taktikal anime ditahan
Dua lelaki lengkap berpakaian taktikal Let's Anime Cosplay ditahan kerana disyaki memiliki senjata api dan bom tangan tiruan di sebuah pusat beli-belah, Damansara Jaya, di sini, semalam.
Mek Kelate tak kekok jadi 'Barbie'
Bagi Shafieqa Mohd Asri, 26, watak Barbie menjadi pilihan apatah lagi dengan raut wajah gadis kecil molek ini mirip patung terkenal dunia itu.
Asia Comic Con 2018 raikan budaya pop di Malaysia
Asia Comic Con (ACC) 2018 telah diadakan buat kali pertama di Malaysia dan ia merupakan sebuah acara budaya pop terbesar tahun ini.
'Cosplay' haram jika menyerupai dewa kepercayaan lain - Mufti
Biarpun tiada kaitan jelas antara pemakaian kostum sedemikian dengan akidah, namun hukum yang jatuh adalah demi menjaga jati diri seorang Muslim.
Cosplay kembali meriah di Malaysia
Walaupun sambutan terhadap Cosplay di Malaysia tidaklah semeriah di Jepun, namun ia tetap mempunyai penggemar di negara ini.