Wannura Orkid

Orkid Spesis dan Hibrid

Acriopsis liliifolia (Koen.) Ormerod – Orkid Spesis

Posted by Wannura di 12 Julai 2010

BUNGA Acriopsis liliifolia

Spesies ini sangat umum, lebih dikenali dengan nama A.javanica, mudah dijumpai di sebahagian besar Asia Tenggara dari permukaan laut sehingga ke ketinggian 1,500 m, di semua jenis hutan dataran rendah serta pohon-pohon di perkebunan, desa dan taman. Ia adalah salah satu daripada sedikit jenis orkid yang tumbuh pada pokok buluh. Ianya sering dikaitkan dengan semut, kerana akarnya yang berserabut itu sering dijadikan tempat mereka bersarang .

Ia mempunyai pseudobulb (bawang semu) yang bersaiz seperti mata petai. Di Malaysia akar dan daunnya telah digunakan untuk mengubati demam. Tangkai bunga yang mencapai 30 sm panjangnya itu mempunyai hingga 200 kuntuman bunga bersaiz kecil dan berbentuk seperti palang (salib). Ia boleh juga ditanam di dalam pasu.

Kalimantan Timur ini cukup banyak sekali bunganya dalam 1 batang bunga berukuran 1cm dengan warna bunga putih keunguan. Anggrek ini sebenarnya penyebarannya sangat luas hampir ke seluruh Indonesia dan Asia Tenggara. Bunganya yang berukuran mini ini dapat berbunga sampai puluhan banyaknya dalam sekali berbunga. Anggrek ini cukup menyukai sinar matahari langsung dan termasuk anggrek dataran rendah, tidak menyukai media yang basah.

Satu Respons to “Acriopsis liliifolia (Koen.) Ormerod – Orkid Spesis”

  1. hetty said

    Hai Zainura,
    Kesemuanya cantik camne nak dapatkannya?

Tinggalkan komen